Thursday, October 17, 2013

K.K Aku Datang - Part 2

Di Sutera Harbour. Pengantin sampai masuk air...Gedebusshhh! -credit pic ni dari Samsung Pengantin




Bukan Sekadar Shooting Kawen
Alhamdulillah, part 2. Seronok shooting jauh-jauh kali ni. Bukan hanya sekadar shooting, tapi kami pulak yang jadi pelancong, and couple pengantin jadi kami punya pemandu pelancong.. Asikkk bangeetttt...~

4 hari kat sana, memang rasa patah kaki aku berjalan pusing K.K. Tapi, dalam part ni, aku nak terus skip ke hari ke 3 stay kat Sabah ni iaitu part trip meneroka ke Kaki Gunung Kinabalu. Jauh banget bah dari K.K... dua jam lebih sudah perginya ke sana.

Memang awal pagi jugak la kami bertolak. Kat Sabah ni cepat sikit siangnya. Malam pun lagi cepat malamnya. So, apa tunggu lagi?? Jom jenguk sekeping dua gambar yang sempat aku snap guna Enpon berbakti ni... Alhamdulillah. Yang dari DSLR nanti dulu la yek... Semua dah tak simpan dalam lappy.



Dari jauh dah nampak Gunung Kinabalu. Syok dengar 'tourist guider' kami bercerita tentangnya. 



Selamat Datang Ke Kampung New Zealand
Ha, ramai tak tahu. Actually, dekat kaki Gunung Kinabalu ni ada satu kawasan dipanggil Kampung New Zealand. Sebab apa? Sebab kat sini ada lembu yang ada macam kat New Zealand tuh. Sebijik sama. Thhawww~~

Nak tengok. Meh tunjuk sikit.

Sama tak macam dekat New Zealand sana tuh?? Mooooo~~~~

Dekat sini juga ada pusat pemprosesan susu segar yang dipanggil DESA. Nama full tak ingat. Tapi susu ni jenamanya DESA. Memang sedap susu fresh ni. Susu ni ada juga dijadikan aiskrim macam kat McDonalds tu. Siyes lagi sedap. Even suami yang tak leh bau susu lembu leh terjebak untuk try sekotak susu coklat DESA skali dengan aiskrimnya.

Cuba tengok ni,

Sedap susu kotak ni. Ada dua perisa, coklat dan asli. Rasanya dekat KL ni ada. U olss memang kena cuba. Memang terbaek. Sedap dan halal. 

Kasi celoreng sikit di Guestbook. Untuk tatapan anak dan cucu yang akan ke mari juga...In shaa Allah


Rindu nak datang sini lagi. Udara nyaman, sejukk!! 



Ta-ta Gunung Kinabalu
Dah on the way balik, tapi still tak leh lekang dari nak leraikan kenangan dengan Gunung Kinabalu. Indah sungguh ciptaan Allah. Snap satu keping lagi oleh incik suami.

Syukur, Allah sampaikan juga aku hingga ke sini. Bukan senang nak jejak kaki ke area Gunung Kinabalu ni. Kalau diikutkan, jalan nak ke situ memang lagi mencabar dari nak pi Cameron atau Genting Highland.Satu lagi, memang amik masa lama. Apapun, once dah sampai, semua tu dah tak ingat lagi. 

Apapun, trip ke kaki Gunung Kinabalu ni memang berbaloi. Semakin banyak menerjah alam, semakin kerdil rasa diri ini di sisi Pencipta Yang Maha Agung. Allahu Akbar.

To be continue..In shaa Allah..

Wednesday, October 16, 2013

K.K Aku Datang - Cerita 1


Credit Pic Awesome Daripada 'Samsung' Pengantin

Jemputan Dari Sabah, Bah....
Sedang orang lain enak makan rendang, ketupat, dan jugak lemang... aku dan suami dapat jemputan untuk shoot satu couple dari Sabah ni. Credit awal-awal aku nak ucap kat depa ni, Puan Ain Asmarah dan suami beliau, Encik Sudeyansah. Couple ni memang sporting, belanja kitorang tiket flight, tiket hotel and siap jadi tourist guider kitorang dari Kota Kinabalu sampai ke kaki Gunung Kinabalu sana. Terbaek!

Actually ada banyak tempat mereka bawak aku and suami. Dari Sutera Harbour, Kundasang War Memorial Park, kaki Gunung Kinabalu, Muzium Sabah dan banyak lagi lah.

So, ni yang sempat aku upload dari kamera Enpon aku je setakat ni. Coz kat DSLR terlalu banyak pics berjalan dan wedding depa ni... Nanti once ada masa panjang aku cuba upload k.

K.K aku datang... tiket orang belanja... Alhamdulillah.


Bertapak Di LLCT seawal jam 6:30 am
Pagi-pagi buta memang rasa lemau sikit kat sini. Dulu masa kerja dekat airport ni, paling awal sampai pun time matahari dah naik. Ni bila nak kena lepak sat kat sini time ayam baru berkokok, rasa busan sket. Sambil-sambil tunggu suami solat kat surau, so aku pun duduk-duduk la kat Starbucks sat. Tempat ni je yang lalu tekak nak menelan makanan and minuman pagi-pagi camnih.

Apapun, jom layan sat apa yang sempat aku snap sambil busan-busan kesorangan dalam Starbucks nih. Thanks kat kamera enpon coz banyak menabur jasa bakti. Luv u Samsung..muahsss!

  
Order 'kuih' keras nih, and kek terlebih gula. Rasanya yang wat ni puasa kot.
Takpe, redha je. Syukurlah sebab ada makanan.


Peneman Setia Dikala Susah Senang... Luv U Husband


Cut It Short
Akhirnya, boarding time! Syukurlah. Tak sabar nak cepat sampai, teruja bebenaw... padahal kapal terebang lom gerak pon.

Once depart, aku tengok semua orang dah terlentuk tido. And aku?? Segar bugar mata tak leh lelap coz dah minum coffee awal-awal pagi. So, apa lagi. Buka buku, baca. Baca punya baca, pun tak lelap lagi. Ok, aku dah mula bosan lagi tahap kedua. Husband pun lelap jugak, aiseh... tak leh jadik ni.

Ok, handphone. Mana handphone...

So, amik la pic banyak-banyak lagi. Huhuuu~~ 

Duduk kat sayap GABANG ni memang cenggini lah ya... Harap faham. [Gabang: panggilan Fakhry pada kapal terbang]


After 2 Jam Lebih Sikit
Kat dalam flight, tengok makanan yang stewardress tu duk bawak kehulu ke hilir dengan troli, nampak macam sedap. So, fine. Aku beli coz tak tahu nak wat apa. Jadi aku rasa dengan makan akan buat aku cepat ngantuk.

Hahahaha! 
Akhirnya berjaya. Dapatla lelap dalam 45 minit before landed.

Siyes terkebil-kebil once suami kejut kata, "Yang, dah sampai. Nak mendarat nih"

On the spot, aku terus capai enpon, SNAP tingkap lagi. Hahaha! Habit naik flight. 

K.K around 10.20 am. Panas terik dah rasa macam tengahari. 

Ok, nanti aku sambung lagi. Tunggu...~








"Hari Raya Korban" - Part 2

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan..” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
Pengalaman Pertama Kali
Ini kali pertama aku dibawa oleh suami ke tempat menyembelih haiwan untuk dijadikan korban bersempena Hari AidilAdha tahun ini. Alhamdulillah, syukurlah.

Waktu tu, memang on time sampai. Saat aku turun dari pintu kereta, kelihatan memang kawasan kebun berdekatan dengan masjid di kampung RTB ni dah penuh dibanjiri dengan ratusan penduduk kampung. Masing-masing kebanyakannya datang sekadar melihat, dan tak lekang juga dengan yang berniat untuk datang membantu jemaah masjid dan AJK khas bersempena penyembelihan lembu korban pada kali ini. Syukur, Alhamdulillah.

Yang paling ketara, lebih banyak kudrat empat kerat orang muda yang turun padang bersempena hari mulia ni, memang salute.

 
Ramai tak ramai... Ini baru sebahagian


Hampir 10 Ekor Lembu Tumbang
Alhamdulillah, syukur. Ramai orang berbesar hati menyumbang untuk korban aidiladha ni. Rezeki patut diagihkan sesama manusia yang berhak, dan ianya amat dituntut oleh syariat. Hope one day aku akan ada rezeki lebih untuk lakukan korban juga. In shaa Allah. Moga diperkenankan oleh Nya.

Lembu ni adalah yang paling sukar ditenangkan, dan paling panjang nyawa. Even dah disembelih, lembu ni boleh bangun dan berdiri tegak agak lama. Ramai anak-anak muda kalah dengan kudrat lembu ni, walau ia dah disembelih. Kuasa Allah, memang hebat. 


Ragam Menjelang Korban
Masa tengok orang sembelih korban ni, memang macam-macam ragam aku nampak dan perhati. Kanak-kanak lah yang paling sakan sekali. Suka bebenaww depa ni tengok lembu, tiap kali lembu mengamuk je depa lari. Tak lekang jugak ada budak-budak yang sengaja bakar mercun. 

"Kan raya...", katanya. Thats why lembu-lembu kat sini asyik melompat-lompat agaknya. Terperanjat bunyi mercun.

Budak-budak, apa yang mereka tahu. Seronok je. Jom, tengok antara ragam yang sempat aku snap, hanya guna kamera Enpon yang pixelnya tak sebesar mana. Apapun, syukurlah.

Mereka Antara Yang Paling Seronok. Sampai Lepaking depan lecak


Fakhry pun tak leh lepas join aktiviti ni... tapi jadi mandur je... Jenguk kawasan. Hehehe~


Kaki lembu siap nak di bawa ke masjid untuk dilapah oleh mak-makcik yang sedang sibuk menyediakan bumbu masakan


Sampai berpeluh-peluh abang-abang ni melapah daging lembu. Series kalori hilang banyak...hehee


Baby tecik ni pun nak join tengok lembu. Sampai tertido dibuatnya... Shumell sangat dia...


Budak-budak berkerumun tengok lembu terakhir yang paling pasrah disembelih. Depa ni semua berani betul...

Syukurlah
Alhamdulillah, kurang sejam semua lembu yang ada dah selamat disembelih. Memang aku cukup teruja. Masa tok imam Haji Leman nak sembelih tu, ramai-ramai orang bertakbir. Terus aku rasa macam hari raya Aidilfitri.. Cuma takde meriam je depa kasi letop kat sini... hehe.

Syukurlah. Suami lak lebih-lebih teruja coz jumpa ramai alumni SAMTTAR dan kawan-kawan sekampung dia yang berkahwin dengan orang RTB ni. Ok, suami glamer dari i...hehee. Bergurau. Apapun, bagus aktiviti secara bergotong-royong ni, dapat merapatkan ukhuwah dan menyambung kembali ikatan yang dah lama terlerai. Contohnya macam suami tadi, jumpa kawan-kawan lama after berbelas tahun terpisah. Benar-benar hikmah yang manis.


Salam AidilAdha
Kepada semua sahabat yang beragama Islam, Salam AidilAdha aku ucapkan mewakili Suami, anak, ibu bapa dan adik beradikku. Moga kita sama-sama menghayati akan pengorbanan sebenar mengenai AidilAdha ini dan semoga Allah memberikan kita keberkatan dalam setiap apa jua ibadah yang kita sedang atau telah pun lunaskan sebagai hambaNya.



Syukur, Alhamdulillah.


Monday, October 14, 2013

"Hari Raya Korban" - Part 1


Credit page Jom Solah idea asal Allayarhamah Cik Nadia Zahari




9 Zulhijjah 1434H
(Isnin, 14 Okt 2013)
(Puasa Sunat Arafah) 
Kepada semua yang berjaya puasa sunat Hari Arafah pada hari ini, tahniah diucapkan. Moga kalian diberi kerahmatan dan keberkatan.
Credit page Jom Solah idea asal Allayarhamah Cik Nadia Zahari




Kisah Petang Tadi: Bawak Fakhry Faham Dan Kenal Tentang Suasana Menjelang Korban Esok Hari


Dia Teruja Sangat Dapat Tengok Sendiri Lembu Secara Live


"Mama, lembu nya x mandi", kata Fakhry...


Alhamdulillah....
















Thursday, October 10, 2013

Shawl Dan Pashmina Pilihan

Now, dah terlalu banyak rekaan design tudung a.k.a hijab @ shawl @ seangkatan dengannya di pasaran. Semuanya direka mengikut peredaran zaman. Tapi, ramai tak perasan pada konsep 'tudung bukan trend'.

Sebaliknya ramai aplikasi konsep 'tudung ikut trend'. Macam aku ni lebih pada pakai tudung ikut selesa. Mungkin dulu, masa awal-awal zaman memuda dulu 'belum jelas faham' bab-bab pakai tudung dengan sebenar-benarnya, aku pakai kerana sebab aku perlu pakai. Ampunkan aku Ya Allah...jahil betul aku dulu.

Tapi, tak tahu kenapa. Dari zaman sekolah, aku betul-betul suka tengok budak-budak sekolah agama (SAMMTAR) pakai tudung labuh. Bagi aku, mereka nampak cukup comel. Panas-panas terik depa still relax boleh pakai je tudung labuh tu. Memang terdetik rasa kagum sampaikan pernah aku apply nak masuk school tu, tapi xcukup 'mumtaz' untuk jejak kaki ke sana... (sedih)

Ok, back to the story. 
Kat sini aku nak share beberapa jenama tudung yang bagi aku cukup selesa dan menepati piawaian diri sendiri untuk tudung/shawl/hijab/pashmina dll, yang bagi aku labuh dan menutup bahagian yang sepatutnya.

Jom kongsi tengok!






Shawl Ummu Nidal Gaza oleh Suci By Yatt Hamzah (limited edition)
 1) Shawl Keluaran Suci By Yatt Hamzah
Satu lagi shawl yang aku cukup suka. First, pada konsep pemilihan warnanya. Warna bendera Palestin. 

Ihsan gambar dari Google

Memang aku puji penghasilan dan idea yang ditimbulkan oleh Puan Yatt Hamzah ni. Bagi aku, sebagai seorang muslim, kita patut sokong negara seagama yang tertindas dan dizalimi. Dan for info, setiap pembelian shawl atau jubah di butik Suci By Yatt Hamzah ni, sedikit amaun akan didermakan kepada insan-insan yang lebih memerlukan.

Jadi, bagi aku, ini juga satu cara terbaik untuk menderma secara langsung. Alhamdulillah...

Harganya masih dalam rate kemampuan. Around Rm70+ sahaja. Sambil membeli,kita juga beramal. Kan lebih baik? 

Untuk maklumat lengkap, layari 





Shawl By Vsnow

Shawlbyvsnow 


2) Shawl By Vsnow
Ini adalah antara shawl terawal aku beli masa berjinak-jinak dalam memakai shawl. Shawl ni memang best, coz kainnya tak lembik. Jangan tanya bab jenis kain, coz aku memang xtahu.

Tapi, material kain ni mudah digosok, senang dipakai, dan tak panas. Pendek kata, pelaburan yang minimum, dan kepuasan yang optimum. Thumbs up..Saya suka, saya suka.

Aku banyak juga beli tudung di sini. Dan bukan setakat plain je, ada banyak jenis lagi.
If x salah harga tudung ni RM28.

U ols leh cuba tengok dan jenguk kat page ni if berminat, support our local entrepreneur..
https://www.facebook.com/shawlbyvsnowMY





Shawl Jasmine by Qaira Hijab

3) Qaira Hijab
Sangat suka shawl ni coz lembut dan corak sulamnya yang sweet.. Dan paling penting bidangnya luas juga..

Ok, ni full pic dari official pagenya,
Sweet kan? -credit pic dari page Qaira Hijab-
Ada banyak warna, dan semuanya lawo-lawo.
Thanks to encik suami coz hadiahkan shawl ni bersempena lebaran.

Harga shawl ni if xsalah dalam RM80+ gitu. 
Butik Qaira Hijab ni pun tak jauh, ada dekat Seksyen 9Shah Alam je. So, u olss leh la singgah untuk jenguk-jenguk kalau berminat.

Boleh klik sini untuk survey secara online, hehe





Hadiah Dari Husband, so letak sikit credit. heee~
4) Pashmina/Shawl Sarawak
Yang ni aku sikit xtau nak panggil shawl ke pashmina. Tapi, suka coz ini pun hadiah dari suami masa outstation ke Sarawak. Once tengok corak pun kita boleh nampak, kan? Suka, Thanks to u incik husband.




Shawl Hadiah Pemberian Kak Noor Azlinda. Beliau cukup baik hati, walau kami tak pernah bersua muka. Thanks akak.

5) Shawl Hadiah
Ada yang sudi berikan shawl pada aku bersempena birthday aku baru-baru ni. Bukan shawl je siap dapat perfume lagi.. memang best! Dan paling terharu coz aku tak pernah jumpa pun akak ni. Kami berkenalan dalam FB je, and dia cukup baik orangnya. Aku amat berterima kasih dengan beliau coz banyak memberi banyak nasihat pada aku.

Terima kasih akak, moga Allah memberkati akak dunia akhirat. Amin



Maaf pada wajah yang pucat lesi



6) Pashmina Pasar Malam
Ada satu gerai tudung ni kat pasar malam belakang Stadium Selayang ni. Aku suka beli shawl/pashmina kat mak cik ni. Murah, dan tebal. Harga pun sehelai RM15, bidang besar. Memang rasanya berbaloi sangat.


Ok u ols, pendek kata aku kini memang dah jadi peminat shawl/pashmina semenjak dua tiga menjak ni. Thanks pada suami coz tiap kali outstation memang rajin belikan aku shawl dan pashmina.. Now, pashmina dan shawl pun dah xjauh beza. Apapun, aku gemarkannya. Alhamdulillah.

Tudung awning, tudung lycra semua aku still pakai lagi. Semuanya masih dalam lingkungan masih elok dan tak reput. In shaa Allah andai rajin, akan upload pics tudung-tudung awning dan pelbagai lagi. Apapun, bagi aku yang bukan jenis up-to-date into fashion still akui yang ada juga certain fesyen tudung yang dijual semata-mata untuk untung, bukan kerana mengikut syariat.

Pesanan untuk diri aku sendiri:
"Berhijablah kerana Allah, tidak tertakluk semata-mata kerana mengejar trendy". 

In shaa Allah, moga istiqamah

Wednesday, October 9, 2013

Interview Lagi : "Jiwa Sekeping Foto"


Am So Proud Of U, Husband
- credit to Cik Miza From Harian Metro untuk interview awesome ni-

Minat
Semuanya bermula dari minat. Dan tak sangka, now dah jadi sebahagian dari part of bisnes kami. Husband, Amir memang sukakan DSLR. Dah lama, before kawen lagi. Aku yang tak minat sangat, bila tengok dia duk godek gajet tu je, lama-lama pun jadi 'geng'. Alhamdulillah, we olss dah jadi sekepala now.

Amatur
Diakui, aku masih setahun jagung. Suami pun selalu pesan, once dah ada dalam industri photography ni, memang xleh gelarkan diri sendiri 'sifu' or 'master'. Itu penilaian orang keliling. Hak depa untuk kasi title tu kat kita.

Apa pun, low profile tu paling bagus. Ambik sikap 'saya budak baru belajar, kalau salah, tolonglah tunjukkan'. 

Lensa Jiwa
Suami cakap, biar sekeping foto berbicara. And actually itulah tagline kami di Fertography Studio. Bukan mudah nak bagi jiwa pada sekeping gambar yang diambik, jadi yang snap tu pun kena ada 'rasa', barulah akan wujud 'jiwa'... Cheh, sasterasss.

Cakap Sikit, Praktikal Banyak
Alhamdulillah, officially secara rasminya dan nak masuk 2 tahun lebih kami tubuhkan Fertography Studio. Actually, non officially dah nak masuk 3 tahun. Jujur info, banyak masih kena belajar... masih banyak praktis kena dilakukan. Cakap banyak-banyak, hasil haprak pun susah jugak. Jadi, kena banyak outing... Ni yang best bab jadi photographer... 

Mata Kita Lain-lain
Kadang mata photographer ni, nampak lebih 3D... itu la pentingnya jadi kreatif. Tak betul if kata ianya gifted. so, sape-sape boleh je belajar nak faham alam ni dengan pandangan 3D yang kreatif.
So, cuci sikit otak karat kita ni... Jangan guna clorox, tapi gunakan ILMU.
Pape hal kena belajar untuk jadi tahu. So, carilah guru.

Proud With U, Husband
Bagi aku, dia cukup berbakat. Dan paling aku respect, dia jenis yang tak mudah mengalah. Dia ni jenis suka cabar diri, selagi dia rasa tak berhasil satu hal tu, dia akan cari punca kenapa tak boleh. sampaila jumpa. Aku banyak belajar dari dia, suami tercinta.

Bagi aku, kesungguhan tu key paling important nak improve sebagai seorang photographer. Sabar tu memang wajib, and jiwa kena kental. If asik give up separuh jalan, memang payah. Ini antara yang aku nampak dalam diri suami aku. Dia jenis xmalu bertanya, dia suka amik tahu. Sebab dia minat. Once again aku tekankan kat sini, sebab dia minat sangat.

Itu yang aku salute kat husband aku. Love u, Hazmir.

Tak De Nasihat, Cuma...
Memang tak layak lagi aku atau husband nak celah kasi nasihat, cuma sekadar mampu berkongsi pengalaman yang secumit ni.

Bukan senang nak senang, tapi akan jadi senang bila kita mulakan. Setapak, dua tapak, lama-lama mungkin bakal sampai ke  luar dari apa yang pernah kita pk kan selama ni.

Tak Mustahil. Semuanya memang Pasti. 
Yang Penting, MINAT atau Tak.

Picisan Jiwa Seorang Photog Mentah:
umi amira





Saturday, July 13, 2013

JUNJUNGAN

Bulan Ramadhan ini aku gemar update blog.
Sekadar perkongsian bersama buat kalian yang sesama Muslim denganku...

Ini merupakan karya semasa aku di bangku sekolah menengah dulu.
Mungkin bahasanya tidaklah sepuitis A. Samad Said mahupun Hamka,
namun, ia adalah satu percubaan dan usaha yang aku amat banggakan...

Menulis dan memuji seorang insan yang menjadi idolaku.

Muhammad SAW.

:: JUNJUNGAN ::

Dia teristimewa..
Pembawa berkat seluruh alam..
Dia masyhur..kerna dia bertamadun...

Jadilah sepertinya..
Yang tetap berusaha walau gagal pada awalnya...
Jadilah sepertinya...
Walau dihina..walau dicaci..walau difitnah sekalipun,
tetapi tetap istiqamah menyampai dakwah..
tanpa jemu, dan tanpa ragu...

Dia cantik, 
Dia indah,
Dia nur,
Dia contoh teladan...
Dialah al-Amin...

Akhlaknya suci,
sesuci air zam-zam yang mengalir tidak berhenti...
Ketabahan hatinya melebihi segalanya...

Namun, 
dia juga insan biasa,
turut mempunyai keinginan cinta..
Tapi dia tidak pernah lupa..cintanya yang teragung pada yang Maha Pencipta...

Kasihnya suci dan tulus,
menyebar dakwah semata mahu merubah umatnya...
Yang dulu jahil...yang dulu kolot pemikiran...
menjadi umat yang bertamadun...

Dia pelopor kemajuan,
Dia pelopor kesejahteraan sejagat...
Jadikanlah beliau idola..
Bukannya artis tapi hanya dia...

Dia..
junjungan kita...
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW...~

Aku tidak merasakan ianya sebuah sajak...tapi lebih kepada renungan buat diriku sendiri...
dan pada kamu semua...yang ingin berkongsi rasa cinta..kepada insan terhebat... bernama MUHAMMAD SAW...

Friday, July 12, 2013

Interview di Harian Metro

Akhbar Harian Metro, keluaran Jumaat (6 Jun 2013).
-kredit kepada Encik Azhar Musyabri untuk ihsan gambar ini

Jumaat,
3 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum.
Hari ini Jumaat, terletak di bulan ramadhan. Dan aku dah lama sangat tak update blog.
Dah mula penuh habukss dan debuss nampaknya.

Interview di Harian Metro.
Alhamdulillah, untuk kedua kalinya diberi peluang untuk menghiasi dada akhbar Harian Metro. Syukur.
Terima kasih kepada Cik Hamizah Badiran untuk interview yang osem ni. Yess... suka sangat!!!

Pada yang tak dapat baca edisi ni, boleh saja lawati laman sesawang atau klik link ni untuk versi online:
http://www.hmetro.com.my/articles/Satumasa_macam-macamkerja/Article/

Satu masa, macam-macam kerja.
Ya, itulah aku. 1st impression pada mereka yang baca caption ni, mungkin akan terfikir macam-macam, rite?

Kerna hakikatnya saya memang seperti itu, seperti caption di atas itu.

Sampai ketemu lagi.

UMIAMIRA,
Seorang ISTERI/IBU/PEMILIK FERTOGRAPHY STUDIO/USAHAWAN/PENULIS/HAMBA.

Thursday, April 18, 2013

Motivasi... Bukan MotiBASI.

umiamira @ u.y.s @ umi yana supian. peace 

Selamat Petang para pembaca.

Saya insan yang masih tercari-cari arah nak berblogging semula setelah berkurun lama.
Mohon tunjuk ajar.
harap-harap harini langkah kanan.
Amin.. Amin.

Tahun 2013
Dah masuk bulan April
Satu, dua.. tiga.. Hah... dah empat pon.
Ni pun dah tengah bulan.

Cakap pasal motivasi, sebenarnya isu ni dah lama BASI.
Moti..BASI.
Puihh...

Dah bertahun...tahun.
Dari awal sekolah dulu.
Duk sibuk cakap nak cari motivasi diri...
Nak berazam...
Semuanya macam makan apam..
kemam-kemam,
TELAN!

2013.
Aku letak 1 motivasi.
LANGKAH KANAN.

Moga-moga setiap langkah aku tahun ni ada hasilnya.
Cakap banyak-banyak pun tak guna,
aku tak nak dicap HAPRAK.
Lagi malu dari kalah pencalonan Anugerah Bintang Popular...'wannabe'.

Aku tak malu kalau gagal.
Aku lagi mahu kalau dikutuk...
Aku lagi suka...
Bila ada yang sok sek sok sek..

Tandanya 'sebenarnya' ada yang prihatin.
Tak kisahlah nak cakap bagus atau poyoss.
Ada aku kisah???

2013.
Kalendar kerja dah makin membukit.
Itu tandanya azam aku dah mula 'berbuah'.
Positif.. kata Dr. Muhaya.
Yalah,

kalau asyik takut kena kutuk, kena ragging, kena buli dengan si mulut pencacai...
macam mana nak ke depan.

Even katak pun tahu ke depan, berkali ganda depan dari yang lain...
"Lompat..si Katak Lompat..."
"Lompatlah... Tinggi-tinggi..." ~ seterusnya nyanyi sendiri.

Nak masuk bulan 5 dah.
Dah masuk fasa aku kena ganti puasa pulak...

Apa-apapun,
Motivasi aku adalah tertuju buat aku sendiri.
Pada yang sudi baca...

nak share,
aku ucapkan tahniah...

1 Motivasi aku dapat hari ni,
pada yang turut dapat aura itu juga...
kalau di kongsi-kongsi...
kan lama-lama ia dah beranak pinak??

1:100000000....

**sampaikanlah walau secebis ayat**

Aku dengan cara aku sendiri.

- umiamira,
insan lama yang masih merangkak.

Wednesday, April 17, 2013

Aku Adalah Aku




Aku adalah Aku... 
Yang Tak Semua Orang Tahu...
Sedang Kalian bersapa bahu denganku...
Namun Kalian terus saja berlalu...

Aku adalah Aku...
Saat Ada yang leka berpesta gembira...
Namun Aku sendiri disatu sudut menghitung waktu...

Aku adalah Aku..
Walau kalian tak mengenaliku...
Walau mungkin aku bukan insan yang patut dikenali...
Namun itu semua bukan tujuan hidupku...

Aku Adalah Aku...
Sedang ada yang bergundah gulana kerana putus kasih
Aku tetap di satu sudut menghitung waktu..
Berbekalkan sebuah buku agung yang amat membantu...
Ianya penyuluh hidupku...
Dan bakal menerangi alam barzakhku...

Aku Adalah Aku...
Persetankan Apa yang kalian mahu..
Namun Aku tetap dengan diriku...
Untuk Apa leka pada dunia yang membunuh...
Sedangkan kematian yang pasti belum tentu dirapikan seluruh inci amalan yang waktunya sudah semakin membutuhkan...

Aku adalah Aku..
Kerna Aku tak perlu banyak-banyak kepikiran kamu..
Kerna Masa tidak akan menanti aku...

Aku adalah Aku..
Kepada keluarga yang mencintai aku...
Aku sayang dan cintakan kalian setiap waktu...
Penguat nurani ini dalam meniti ribuan saat setiap hari...
Moga-moga kita sekalian mengerti akan hakikat kejadian alam ini...
Sama-sama jernih hati mencari Ya Rahman...

Aku Adalah Aku...
Jika kalian sayangkan agama Islam...
Hargailah setiap detik waktu yang kalian pinjam ini
Jangan disiakan...
Jangan ditumpahkan
Jangan dicicirkan
Janganlah juga dikocok dengan dosa dan hina...

Seperti mana lahirnya kita umpama kain putih
Putihkan ia dari dulu...
Kini
dan juga hingga detik nafas yang terakhir...

Aku adalah aku...
Jika tiada yang menasihatimu
jadi, siapa lagi??

Picisan yang mungkin selekeh pada mata yang tidak menginginkan...

Titik.

Umi Amira


Wednesday, April 10, 2013

Insecurity of Woman (Harian Metro)

credit to wartawan Harian Metro kerana sudi temuramah saya. :)

Actually, ramai tak tahu apa itu INSECURITY ni.
Ini adalah pendapat saya tentang insecurity, dan saya lebih cenderung untuk ceritakan tentang kaitan insecurity dengan emosi wanita untuk entry kali ini.

Mungkin kalian ramai yang tak sempat baca artikel saya yang keluar dekat HM tu, so, dekat sini sedikit perkongsian dari kaca mata saya tentang insecurity.

Siapa yang selalu alami insecurity ini??


Saya amat yakin, hampir semua masyarakat secara umumnya wanita juga pernah merasai akan perasaan ‘emotional insecure’ ini, tetapi mungkin dalam keadaan, situasi mahupun sejauh mana sifat ‘insecure’ ini diinterpretasikan. 

Namun, bagi saya ianya tidaklah terlalu serius jika dibendung dari awal dan dihindari dengan cara yang bijaksana dan beretika. Kerana bagi saya sebenarnya perasaan insecure atau kurang yakin ini datangnya berpunca dari mainan emosi dan psikologi.

Kaitan tentang insecurity

Kebiasaannya, perasaan ‘insecure’ ini hadir tatkala saya hendak memulakan sesuatu, atau sedang merancang untuk berbuat sesuatu. Pernah juga saya mengalami masalah kurang yakin pada penampilan diri, namun ianya tidaklah terlalu serius dan dapat diatasi dengan baik.

Bagi saya perasaan insecure ini merupakan umpama satu penyakit, yang jika tidak diubati bakal ‘menjangkiti’ bahagian lain yang sihat. Ini adalah benar, kerana insecurity adalah bermula dari jajahan minda yang tidak terubat. 

Insecurity dan Jajahan Minda

Pendapat peribadi saya adalah, bawahasanya ‘sifat insecure’ ini sebenarnya adalah lanjutan daripada masalah ‘rasa kurang selamat, kurang yakin mahupun obses’ yang wujudnya dari diri seseorang individu sendiri. Dan ianya adalah berpunca dari mainan emosi dan perasaan diri kita sendiri.

Sebenarnya, kita sendiri yang patut menentukan sejauh mana dalamnya sifat ‘insecure’  terhadap sesuatu, terhadap alam sekeliling, mahupun terhadap pasangan dan apa jua pun. 

Bila kita sudah set rasa insecure itu dalam benak fikiran, semakin lama ianya akan menjadi sebati dalam diri; umpama menjadi tabiat harian (habit). Tatkala ianya telah menjadi sebahagian dari hidup kita, sudah tentu ianya akan mengambil masa yang sangat-sangat lama untuk dineutralkan kembali.
Atau mungkin sudah tidak mampu diperbetulkan lagi.

Dan, sudah pasti, jika tidak dirawat ianya akan memudaratkan diri sendiri terutamanya dan orang lain disekitar yang dekat dengan kita amnya.

Insecurity dan Pengubatnya

Ada beberapa kenalan saya mempunyai sikap ‘insecure’ ini. Dan kebanyakan yang dapat saya simpulkan di sini adalah, rata-rata mereka adalah ‘insecure’ terhadap fizikal diri, obses terhadap pasangan masing-masing dan tak kurang juga terlalu taksub dengan ‘diri sendiri’ yang dianggap perfect melebihi orang lain. 

Antaranya, yang punya rasa kekurangan akan keadaan fizikal diri terutamanya mengenai rupa paras, dan juga bentuk badan. Ada yang merasakan wajah mereka buruk, hodoh, dan tidak kurang pernah ada yang menyatakan rasa benci tatkala melihat wajah sendiri. 

Bagi saya, semua perkara ada ubatnya. Apa-apapun semua perlukan usaha. Usaha untuk berubah, usaha untuk mencantikkan diri, usaha untuk menjadi insan yang lebih sempurna walau bukan selengkapnya. 

Tapi, tak kurang juga ada satu dua rakan yang punya sifat insecure yang tidak melibatkan fizikal diri. Contohnya, sifat kuat cemburu terhadap pasangan, sehingga sanggup mengongkong pasangan untuk tidak bercakap atau berjumpa masyarakat di luar sana, hanya kerana tidak mahu kehilangan pasangan akibat terlalu cinta ataupun sayang.

Insecurity Perlu Ditangani Segera
Bagi saya, ianya bukan satu sifat bijak dan betul untuk diteladani. Ianya hanya akan mendera hati nurani dan jiwa pasangan mereka sendiri. Dan sudah pasti, perkara ini amat tidak bagus untuk kesihatan mereka juga. Jika dalam bidang perniagaan perlukan situasi menang-menang, dalam perhubungan juga amat penting. 

Jangan hanya kita saja yang rasa bahagia punya teman, kekasih, suami mahupun cinta hati yang benar-benar setia, namun hakikatnya jiwa dan batin pasangan kita terseksa umpama didera. 
Dan terus terang saya katakan, sebenarnya ‘insecure’ ini sangat berkait rapat dengan minda dan juga emosi. Jika muncul rasa insecure ini, minda pasti akan menjadi runsing, celaru, sentiasa rasa tidak tentu arah, nak buat kerja juga rasa tidak kena, dan akhirnya tatkala segala perasaan sudah bercampur baur, serasanya umpama hendak meletus larva gunung berapi. 

Ini sangat-sangat akan menjejaskan emosi, kesihatan mahupun prestasi kerja di pejabat . Dan ianya tidak mustahil boleh terbawa-bawa kepada perhubungan dalam rumahtangga juga. Bukan sahaja suami, malah anak yang tidak berdosa juga bakal menjadi mangsanya.


Ambil Langkah Bijak
Setiap kali wujud rasa ‘insecure’ ini, pertama-tamanya saya akan cuba menenangkan diri. 
Akal yang sihat hanya dapat bertindak tatkala ianya tenang dan tidak dicelarukan dengan soalan yang member jawapan yang negative.

Walau sesukar manapun cabaran yang datang, saya senantiasa tanamkan dalam hati, 
Jika kita ikhlas, jujur dan berniat melakukan segala perkara adalah kerana ALLAH SWT, insya ALLAH setiap langkah percubaan, walau punya banyak halangan pasti akan mendapat balasan yang manis. 

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA jikalau mereka tidak mampu. Dan itu yang benar-benar saya pegang hingga saat ini. Dan nyata, ianya amatlah benar. ALLAH MAHA PENGASIH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

Kedua, Bersikap positif dan senantiasa pujuk diri untuk tidak terbawa-bawa dengan emosi. Emosi ini adalah lebih kepada hasutan dari syaitan, jika kita berjaya melawan nafsu dan emosi kita dari dicelarukan oleh ia, in sya ALLAH setiap masalah sebesar apapun pastia akan bertemu jalan keluar.
Jika punya masalah yang agak memerlukan bantuan, saya tidak sekali-kali akan rasa segan atau malu untuk meminta tolong. Malu itu juga salah satu sikap tidak yakin pada diri yang perlu dibendung, kerana ada cendekiawan menyatakan, 

“takut untuk berucap dihadapan orang ramai adalah yang paling menakutkan manusia selain mati”.

Saya memang sangat suka mendekati orang yang positif, dan senantiasa ingin maju ke hadapan selain bersikap agresif dalam mengkaji sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Aura positif mereka sememangnya membuatkan saya turut ingin bersikap positif.

Motivasi Diri Penguat Jatidiri
Wahai wanita,
Jangan, jangan, dan jangang pernah sekali-kali takut kepada KEGAGALAN.

Ingatlah, 
orang yang berani dan kuat dalam menghadapi kegagalan adalah orang yang hebat. Kegagalan adalah titik tolak pada perubahan yang memberi erti hidup yang sebenar. 

Jangan pernah sekali-kali mencemuh kekurangan diri, malah bersyukurlah. Setiap apa yang terjadi, punya hikmah yang tidak terjangkau akan akal fikiran ini. Tetapi, pandanglah pada setiap yang berlaku dengan pandangan yang POSITIF.

Ingatlah,
Untuk berubah menjadi lebih baik, kena ada satu langkah ke hadapan. Bukan sekadar menanam tekad,impian dan juga azam. Tak guna berazam, tapi sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan. Ingatlah, cinta boleh dicari, tetapi masa yang telah tersia tidak akan kembali dan menanti diri. Jika hendak berubah, teruskan untuk bangkit dan berusahalah sekuat mungkin tanpa henti.
Jangan jadi orang yang penakut. Jangan terlalu cepat merasa hati akan setiap kutukan dan cemuhan orang kepada diri kita. Namun berterima kasihlah kepada mereka kerana telah menyedarkan kita, bahawasanya kita perlu BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK!

Paling penting, kena istiqamah @ tetap hati. Kawal minda dengan akal, bukan dengan nafsu dan juga amarah. Insan yang Berjaya adalah insan  yang hidup dengan ada strategi dan juga tujuan untuk terus berdiri di muka bumi ini. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab namun amat mudah untuk tidak bertanggungjawab.
Jadilah diri sendiri. Atau dalam erti kata lain, carilah identiti anda sendiri. Jangan hidup dengan berbayangkan atau sepenuhnyan mengikut telunjuk orang lain. Hanya ambil sisi positif dari mereka yang menjadi sumber inspirasi sudah memadai. 

Dan seterusnya cernalah dan berntuklah peribadi anda berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh agama. Tapi tak perlu seratus peratus cuba mengubah diri menjadi orang lain. Ingatlah, setiap manusia punya kehebatan tersendiri.  Maka, berusahalah untuk mengubah diri menjadi diri sendiri. 

Dan akhir sekali, senantiasalah tanam dalam hati untuk senantiasa bersangka baik. BERSANGKA BAIK terhadap manusia, alam apatah lagi kepada ALLAH SWT. Kelak semua kunci kejayaan dan keyakinan diri akan diketemukan.
InsyaALLAH.

UMIAMIRA