Monday, December 31, 2012

Selamat Datang ke Muzium Negara!

Dah terlalu busy sangat sekarang ni. Sampai dah berabad kurun lamanya 'lupa' sekejap nak update blog.

2 September 2012
Saja-saja ajak hubby bawak kami ke Muzium Negara ni, Nampak macam bosan, kan?

Itulah yang dikatakan hubby pada mulanya.
"Ada apa dekat Muzium tu..."

BUT,
for me, MACAM-MACAM ADA.

Saya akui, saya sangat sukakan SEJARAH.
Sangat sukakan something yang ada nilai estetika; ANTIK.

Tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya suka pada sesuatu yang ada sumber sejarah.

Ok, tak nak cakap banyak2, jom kita  'jalan-jalan' snap some pics dekat sekitar Muzium Negara ni...
Selamat Datang ke Muzium Negara Kuala Lumpur!!!
Menuju Ke Kaunter Tiket... 
Psoing-posing... Si Papa dah mula seronok nampaknya... =)
Kami dekat depan Pintu Masuk Muzium Negara, JOM TERJAH!! Weeee~~
Mama, nak rehat kejap... Si tecik yang Excited!
Fakhry excited nak belajar tentang sejarah. Korang kenal ke sapa dalam pic tu??? 
Taming Sarikah ini??? Sila Rujuk Buku Sejarah Anda
  
Cucuk Sanggul... Cantik, kan??
Sangat Kreatif..
Takkan Melayu Hilang di Dunia -Hang Tuah- Gambaran Pelukis.
Parang Zaman Dulu Kala
Tengkorak Real.Bukan mainan.Tengkorak Manusia Zaman Tamadun Awal
Bermacam jenis parang.. Pedang.. Keris.... Tak dan nak upload semua..he..he
Basikal Tentera Jepun (tahun 1941) 
Mesin Taip Tahun 1920an... Agak-agak berapa ya?
Pelita Minyak Tanah Yang Old Skool Banget

After Selesai Pusing-pusing Dalam Muzium, then kami pun jengah-jengah kat area luar muzium before balik rumah...

And, agak tertarik tengok kereta di bawah ni...

antara 10 keluaran pertama Proton Saga di Malaysia... 
Kereta Kuda... ada Plat lagi tu.. hahaa
Keretapi ni boleh nampak masa mula-mula sampai dekat parking kereta 
1 lagi keretapi. Kecik sikit dari yang tadi... 

Actually, memang banyak lagi tempat yang kami dah jelajah... Actually dekat Malaysia ni ada banyak sangat muzium... lebih dari 10. Yang aku baru jejak pun tak sampai 5...

Sebelah Muzium ni ada Muzium Orang Asli... Tapi, maybe next entry baru upload...

Khazanah negara yang tak ternilai... Segalanya boleh ditatap di Muzium...
Jangan ternganga bila ada orang luar tanya pada kita tentang sejarah Malaysia... tapi, kita satu ape pun tak tahu...

Sampai jumpa lagi!








Wednesday, September 26, 2012

Fakhry Dah Bujang!

22 September 2012 (SABTU)



Seronok sangat that day. Fakhry dah genap setahun. Tapi rasa macam baru aje lahirkan dia.. Syukur pada Allah, even baru lepas keguguran seminggu sebelum raya tempoh hari, tapi tetap rasa happy coz ada Fakhry. Mungkin belum ada rezeki lagi untuk dia dapat adik..

Masa birthday dia, memang tak ada pepare kek Ben 10 ke apa, cuma ada doa selamat untuk dia.. plus masak sedap-sedaplah... (sedap ke? Tengok hubby tambah dua kali sedaplah kut)...haha.

Now, Fakhry memang nampak dah besar, dah BUJANG. Bukan baby lagi...
Kita makan apa, dia pun nak jugak. Kita buat apa, dia pon nak sibuk join jugak. Memang dialah permata hati aku. 

Even dah boleh jalan, Fakhry still malas-malas and mintak dukung jugak (thats y aku kurus kering :P)... 

Yang seronoknya, dia dah pandai panggil 'nenek', 'ayah', mamam, and kadang-kadang confuse, dia nak mamam ke nak mama dia... hahaha! 

Yang paling suka bila time dia senyum... memang dia ni 'KAKI SENYUM'...
Tak caye??? cer tengok bawah ni....













Sebab tu lah even sekejap jauh dengan dia dah rindu 'bangettt'

Fakhry, mama doakan kesejahteraanmu sayang... 
Semoga jadi anak yang sihat walafiat, pandai jaga diri, jaga peribadi, akhlak.... paling penting, jadi manusia yang beriman dan beramal untuk dunia dan akhirat...

Selamat ulangtahun yang pertama, sayang...

Monday, January 16, 2012

First & Last...

Salam.
Entry kali ni mungkin tak seceria selalu. Sedih sangat...

Bagi seorang new mom, memang satu dugaan yang sangat besar untuk aku bila suami keluar outstation hampir seminggu. Kecicilan aku menggendong tugas yang selama ni dibahagi dua dan tiba-tiba i'm alone!

Hari pertama, kedua, ketiga, semua ok. sampai lah masuk hari keempat.
Semuanya terlalu menduga keimanan dan kekuatan jiwaku.
Subhanallah, Aku cuma punya Allah pada waktu tu.

9.30 malam.
"Fakhry, tidurlah sayang. Dah lebih setengah jam mama buaikan Abang, kenapa malam ni payah sangat Abang nak lelap?" Aku meluahkan pada si kecil yang cuma diam di dalam buaiannya sambil menggigit jari.

Aku teruskan membuai, dan membuai. Dah sejam tapi Fakhry tetap tak mahu tidur. Di luar, tiba-tiba kedengaran bunyi anjing menyalak-nyalak. Kuat! Aku tahu, itu anjing-anjing peliharaan tuan jiran yang ku panggil ORANG KAYA yang duduk beberapa ratus meter dari rumahku.

Serentak Fakhry tiba-tiba menjerit. Menangis sekuat-kuat hati, dan matanya memandang ke arah siling dalam keadaan yang sangat takut. Subhanallah, ini yang pertama kalinya sebegini. Di saat suami tiada di sisi, di saat aku dan anak mulai rasa ada yang tak kena pada malam ni. Dugaan buat kami ya Allah.

Aku yang tak pernah tinggal memasang alunan surah yassin tiap kali hendak menidurkan Fakhry, tiba-tiba rasa kelu. Fakhry tetap menangis. Diberi susu, diberi puting, juga tak mahu, dan dia makin kuat meronta. Kasihan sungguh. Aku tak sanggup lihat anakku begini. Pada masa yang sama, aku rasa tengkukku meremang.

Segera aku beristigfar. Ku baca ayat kursi berkali-kali. Salawat, dan apa juga ayat yang terlintas dibenakku ketika ini.

Terus aku angkat Fakhry dan membawanya masuk ke bilik lain. Dia diam sekejap. Aku terus menelefon suamiku. Tak diangkat! Dicuba berkali-kali, juga tak berangkat. Fakhry reda sekejap. Kasihan dia, berpeluh-peluh dan matanya bergenang. Tergamakkah aku membiarkan anakku terus menangis.??? Sumpah demi Allah, aku rasa benar-benar diduga sekarang ini.Alunan surah yassin terus menerus aku pasang. Supaya anakku tidak didekati sebarang gangguan... ya, itu yang terlintas di fikiran. Ada yang ingin 'mengganggu' aku dan bayiku malam ini.

Telefon berdering. Suamiku! Terus ku angkat,  serentak Fakry mula menangis semula. Kukhabarkan segalanya pada dia, dia juga kaget. Dia minta aku jangan panik, dan cuba berselawat pada anakku. Dah, semua dah aku buat. Menitis airmata tabah ini juga tatkala melihat segalanya gagal untuk membuatnya berhenti menangis.

Akhirnya, aku mengalunkan azan berkali-kali ke telinga Fakhry. Terus dia senyap. Perlahan-lahan aku memberinya susu dan membuainya. Semalaman aku tak tidur. semua tu dah xpenting. Aku ambil wuduk, solat dan terus membaca quran disamping si kecil yang mula tidur. Kasihan, dalam tidur, dia masih merengek sekejap-sekejap. Dalam hati, aku ingin menangis. Tapi pada siapa? Suami yang berkorban perasaan demi mencari nafkah buat kami, dan aku merelainya kerna itu tanggungjawab yang perlu dijalankan.Cuma Allah saja yang mendengar tangisan hatiku kala itu. Terima kasih Ya Allah. Kau yang tak pernah tidur, yang tak pernah leka dalam mendengarkan setiap rintihan hambaMu...Allahuakbar!

Selesai mengaji, ku lihat anakku mulai lena tidur. Alhamdulillah.
Aku berdoa lagi, Ya Allah, jauhkan aku dan bayiku daripada gangguan jin dan syaitan yang direjam olehMu ini. Peliharalah bayiku yang tidak berdosa ini dengan rahmatMu ya Allah. Ku mohon, Ya Allah. Lindungilah kami dari takut selain daripada takut PadaMU ya Allah. Berikanlah anakku tidur yang lena malam ini ya Allah, dan semoga dia tidak terjaga dan diganggu sebegini lagi. Amin...

Anjing pun telah berhenti menyalak. Alhamdulillah. Syukur. Perlahan-lahan ku angkat fakhry dari buaian dan meletakkan dia diatas tilam. Dia terus lena tidur dipelukku. Ku peluk fakhry erat-erat. Ku cium dahinya berkali-kali. Dia tiada gantinya. Tiap masa aku berdoa pada Allah, supaya dilindungi dirinya dari disakiti, dari diganggu jin dan syaitan laknatullah, dan semoga dia sentiasa sihat walafiat hendaknya.

Aku tak punya sesiapa untuk mengadu di sini. Yang aku tahu, apa jua yang berlaku, tatkala suami tercinta tiada di sisi, segalanya aku hanya bertawakal padaNya... Aku kena kuatkan semangat. Menangis cuma untuk kegembiraan, bukan untuk dibazirkan untuk kesedihan dan sebab dah berputus asa. Aku tak boleh lemah, aku kena kuat dan berdikari. Demi Fakhry. Segalanya demi Fakhry.

Aku kini makin belajar dan sentiasa bersedia 24-7 untuk menghadapi saat genting. Dan semoga hendaknya, tidakkan berlaku sebegini lagi. Amin Ya Allah. Terima kasih kerana sentiasa menjagaku dan ahli keluargaku. Kerna kami juga milikMU...

Fakhry, mama akan berjuang mati-matian demi menjaga Fakhry. Mama sayang Fakhry dunia akhirat...
#EmoSHIMood masa menulis entry ini
Mama sayang Abang...


Wassalam...