Thursday, November 24, 2011

Kelahiran Putera Sulung

Bismillahirrahmanirrahim.


Fakhry Eiskandar Rifa'ie




Untuk entry kali ni, saya nak kongsikan kegembiraan tentang kelahiran putera sulung saya yang dilahirkan pada 22 September 2011 yang lepas.


Bersama suami tercinta
Al-kisah pada hari itu, actually due baby dah pun lewat sehari. Pagi tu, hubby nak pergi ke Nilai. Disebabkan masih tak rasa sakit sangat (ada pun cuma kontraksi biasa), saya pun mintak izin pada hubby nak ikut sama.


Hubby tiba-tiba kata nak singgah ke bank lepas semua urusan beliau selesai. Dia bilang cuma sekejap. Jadi, saya pun tak rasa nak ikut, cuma tunggu aje dalam kereta sambil layan bebelan radio seorang diri.

Dekat 15 minit menunggu, hubby tak juga keluar-keluar dari bank. Tiba-tiba saya rasa sakit sangat. Rasa lain macam sangat waktu tu. Tapi, tahan lagi. Dekat setengah jam, makin sakit pula rasanya. Hubby masih tak juga muncul. Dalam hati ni dah risau, takut-takut terberanak dalam kereta sorang-sorang...hihihi (melalut aje).

Bila hubby muncul, terus saya ajak dia pergi stesen minyak paling dekat. Normal bagi para ibu yang dah sarat, sikit-sikit cari tandas ^_^

Balik dari Nilai, entah kenapa mulut ni gatal ajak hubby singgah medan selera dekat BBST. Padehal tak ada rasa lapar sangat pun. Makan aje dua suap, tiba-tiba rasa kontraksi yang sangat kuat. Rasa nak menjerit pun ada. Suami terus ajak balik bila dia tengok saya yang tak keruan tiba-tiba.

Sampai di rumah, tak sakit pulaknya.
Haiyyooo... macam chipsmore pulaknya ye... 

Tapi, ayah suruh juga saya terus pergi hospital terdekat.
Padahal dah berbulan-bulan booking katil dekat Hospital Putrajaya.
Akhirnya ikut nasihat ayah, terus ke hospital paling dekat dengan rumah.

Sempat lagi singgah stesen minyak sebelah hospital... (gatal mata nak tengok YDP Agong lalu depan hospital... sebab haritu YDP Agong first time buat lawatan ke Banting... hihiii... bukan senang nak jumpa Agong, kan???) -

Bila sampai parking hospital, saya cakap dengan hubby, "Aii, tiba-tiba rasa tak ada apa-apa pun. Tengok Agong lalu je dah hilang rasa nak beranak ke??" Huhuhuu ^_*
Sempat lagi saya bergurau senda dengan hubby dengan mengajaknya pulang ke rumah.  hihi.

Mana taknya, langsung tak keluar apa-apa tanda seperti darah atau air ketuban pun. Cuma rasa senak yang amat-amat aje.  Ni pun dah tak rasa. Pelik!

Pukul 1 petang saya masuk ke wad. Baring-baring seorang diri atas katil wad yang kosong tanpa ibu-ibu yang  menanti untuk dimasukkan ke labour room. Nurse yang datang check ala kadar aje. Bila dia kata "tak berapa dengar degupan jantung bayi", dia terus suruh masuk labour room.

Baring punya baring, pukul 3.10 petang tiba-tiba darah membuak keluar. Doktor terus masuk dan pecahkan air ketuban. Sakit!



Tak lama kemudian, tepat jam 5.05 petang, putera sulung saya pun selamat dilahirkan. Syukur, langsung tak rasa sakit semasa melahirkan (kuasa Allah...) happy sangat bila tengok si kecil yang dah pandai menghisap jari...

Rasa hilang semua kesakitan apatah lagi saat bayi dihulurkan atas ribaan ni... Segalanya umpama mimpi... sekelip mata saya kini telah bergelar seorang IBU.

Alhamdulillah, kini Fakhry Eiskandar Rifa'ie dah pun berusia 2 bulan 2 hari...




Saya dan suami sangat berbahagia di atas kemunculan Fakhry...

WE LOVE YOU SO MUCH FAKHRY...





Terima kasih Ya Allah...di atas kurniaanMu ini...




:: Anak itu anugerah yang tidak terhingga dari Allah... ::





Wassalam.

Nukilan Sebelum Melahirkan

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


Novel 'Dari Hati Turun Ke Blog'
Rasanya dah lame sangat tak update blog ni, maklumlah sibuk dengan persiapan untuk kelahiran putera pertama. Sekarang keadaan sudah kembali baik dan akan terus aktif untuk berblog. InsyaAllah.


Untuk entry kali ini, saya nak perkenalkan novel ke-4 saya yang baharu saja dilancarkan pada 5 Oktober yang lalu bertajuk "DARI HATI TURUN KE BLOG". Walau dalam keadaan sarat mengandung, cinta terhadap dunia penulisan tidak menghalang diri ini untuk terus berkarya.


Novel yang berdiri di bawah label "kreatif" terbitan JS Adiwarna ni memaparkan kisah persahabatan dua insan kecil iaitu Paie dan Aya. Paie sangat tulus memegang janjinya untuk menjaga Aya, seorang perempuan kasar namun berjiwa lembut walau dalam apa keadaan sekalipun. 


Aya tidak mempunyai sahabat baik kecuali Paie. Segala-galanya perlu ada Paie di sisi. Namun, persahabatan mereka tidak mendapat restu ibu Paie. Segalanya terpaksa dipendamkan dan persahabatan mereka akhirnya terhenti di tengah jalan kerana satu kejadian yang tragis.


Namun, kisah mereka tidak sekadar berhenti di situ. Nak tahu serba sedikit akan sedutannya?? Teruskan baca entry ini sampai habis ya?






Antara plot penceritaan dalam novel ini:

Mengapa persahabatan antara Aya dan Paie perlu diakhiri dengan tragis? Mengapakah Mak Idah begitu membenci Aya dan ibunya? Apakah dosa mereka sehingga menjadi duri dalam jiwa ibu Paie?


I
Batu mungkin boleh diubah menjadi pasir...
Namun bagaimana pula jika hati sekeras kerikil?
Bisakah ia dicairkan?
“Nenek dan mak Aya tak pernah pun sibuk-sibuk marah Aya suruh tutup aurat dan berkelubung semua. Paie dan mak Paie ni aje yang lebih-lebih. Tak suka, janganlah nak paksa-paksa! Bencilah Paie ni!”

II
Inilah dunia... menilai tanpa adanya usul periksa...
“Sibuk sangat ke kerja di KL sampai anak pun kamu letak di kampung? Kasihan aku tengok anak kamu ni, Mariana oi... dahlah tak ada ayah, maknya pula sibuk memanjang. Sibuk apalah kamu tu ya? Sibuk dengan jant...”

III
Bukan mudah untuk melepaskan...
Apatah lagi untuk merelakan...
“Err... Along... sebenarnya... Kak Aya... dia... dah pergi...!”
Mengapa persahabatan antara Aya dan Paie perlu diakhiri dengan tragis? Mengapakah Mak Idah begitu membenci Aya dan ibunya? Apakah dosa mereka sehingga menjadi duri dalam jiwa ibu Paie?


Kepada para pembaca blog ini, anda boleh mendapatkan novel terbaharu saya ini di kedai-kedai buku berdekatan anda atau boleh terus menempah secara online menerusi laman web Jemari Seni Sdn. Bhd. di http://www.jemariseni.com

Jangan lupa untuk dapatkan novel ini dan diharap anda semua akan terus memberikan sokongan kepada saya dalam menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang.


Wassalam... :)