Wednesday, April 10, 2013

Insecurity of Woman (Harian Metro)

credit to wartawan Harian Metro kerana sudi temuramah saya. :)

Actually, ramai tak tahu apa itu INSECURITY ni.
Ini adalah pendapat saya tentang insecurity, dan saya lebih cenderung untuk ceritakan tentang kaitan insecurity dengan emosi wanita untuk entry kali ini.

Mungkin kalian ramai yang tak sempat baca artikel saya yang keluar dekat HM tu, so, dekat sini sedikit perkongsian dari kaca mata saya tentang insecurity.

Siapa yang selalu alami insecurity ini??


Saya amat yakin, hampir semua masyarakat secara umumnya wanita juga pernah merasai akan perasaan ‘emotional insecure’ ini, tetapi mungkin dalam keadaan, situasi mahupun sejauh mana sifat ‘insecure’ ini diinterpretasikan. 

Namun, bagi saya ianya tidaklah terlalu serius jika dibendung dari awal dan dihindari dengan cara yang bijaksana dan beretika. Kerana bagi saya sebenarnya perasaan insecure atau kurang yakin ini datangnya berpunca dari mainan emosi dan psikologi.

Kaitan tentang insecurity

Kebiasaannya, perasaan ‘insecure’ ini hadir tatkala saya hendak memulakan sesuatu, atau sedang merancang untuk berbuat sesuatu. Pernah juga saya mengalami masalah kurang yakin pada penampilan diri, namun ianya tidaklah terlalu serius dan dapat diatasi dengan baik.

Bagi saya perasaan insecure ini merupakan umpama satu penyakit, yang jika tidak diubati bakal ‘menjangkiti’ bahagian lain yang sihat. Ini adalah benar, kerana insecurity adalah bermula dari jajahan minda yang tidak terubat. 

Insecurity dan Jajahan Minda

Pendapat peribadi saya adalah, bawahasanya ‘sifat insecure’ ini sebenarnya adalah lanjutan daripada masalah ‘rasa kurang selamat, kurang yakin mahupun obses’ yang wujudnya dari diri seseorang individu sendiri. Dan ianya adalah berpunca dari mainan emosi dan perasaan diri kita sendiri.

Sebenarnya, kita sendiri yang patut menentukan sejauh mana dalamnya sifat ‘insecure’  terhadap sesuatu, terhadap alam sekeliling, mahupun terhadap pasangan dan apa jua pun. 

Bila kita sudah set rasa insecure itu dalam benak fikiran, semakin lama ianya akan menjadi sebati dalam diri; umpama menjadi tabiat harian (habit). Tatkala ianya telah menjadi sebahagian dari hidup kita, sudah tentu ianya akan mengambil masa yang sangat-sangat lama untuk dineutralkan kembali.
Atau mungkin sudah tidak mampu diperbetulkan lagi.

Dan, sudah pasti, jika tidak dirawat ianya akan memudaratkan diri sendiri terutamanya dan orang lain disekitar yang dekat dengan kita amnya.

Insecurity dan Pengubatnya

Ada beberapa kenalan saya mempunyai sikap ‘insecure’ ini. Dan kebanyakan yang dapat saya simpulkan di sini adalah, rata-rata mereka adalah ‘insecure’ terhadap fizikal diri, obses terhadap pasangan masing-masing dan tak kurang juga terlalu taksub dengan ‘diri sendiri’ yang dianggap perfect melebihi orang lain. 

Antaranya, yang punya rasa kekurangan akan keadaan fizikal diri terutamanya mengenai rupa paras, dan juga bentuk badan. Ada yang merasakan wajah mereka buruk, hodoh, dan tidak kurang pernah ada yang menyatakan rasa benci tatkala melihat wajah sendiri. 

Bagi saya, semua perkara ada ubatnya. Apa-apapun semua perlukan usaha. Usaha untuk berubah, usaha untuk mencantikkan diri, usaha untuk menjadi insan yang lebih sempurna walau bukan selengkapnya. 

Tapi, tak kurang juga ada satu dua rakan yang punya sifat insecure yang tidak melibatkan fizikal diri. Contohnya, sifat kuat cemburu terhadap pasangan, sehingga sanggup mengongkong pasangan untuk tidak bercakap atau berjumpa masyarakat di luar sana, hanya kerana tidak mahu kehilangan pasangan akibat terlalu cinta ataupun sayang.

Insecurity Perlu Ditangani Segera
Bagi saya, ianya bukan satu sifat bijak dan betul untuk diteladani. Ianya hanya akan mendera hati nurani dan jiwa pasangan mereka sendiri. Dan sudah pasti, perkara ini amat tidak bagus untuk kesihatan mereka juga. Jika dalam bidang perniagaan perlukan situasi menang-menang, dalam perhubungan juga amat penting. 

Jangan hanya kita saja yang rasa bahagia punya teman, kekasih, suami mahupun cinta hati yang benar-benar setia, namun hakikatnya jiwa dan batin pasangan kita terseksa umpama didera. 
Dan terus terang saya katakan, sebenarnya ‘insecure’ ini sangat berkait rapat dengan minda dan juga emosi. Jika muncul rasa insecure ini, minda pasti akan menjadi runsing, celaru, sentiasa rasa tidak tentu arah, nak buat kerja juga rasa tidak kena, dan akhirnya tatkala segala perasaan sudah bercampur baur, serasanya umpama hendak meletus larva gunung berapi. 

Ini sangat-sangat akan menjejaskan emosi, kesihatan mahupun prestasi kerja di pejabat . Dan ianya tidak mustahil boleh terbawa-bawa kepada perhubungan dalam rumahtangga juga. Bukan sahaja suami, malah anak yang tidak berdosa juga bakal menjadi mangsanya.


Ambil Langkah Bijak
Setiap kali wujud rasa ‘insecure’ ini, pertama-tamanya saya akan cuba menenangkan diri. 
Akal yang sihat hanya dapat bertindak tatkala ianya tenang dan tidak dicelarukan dengan soalan yang member jawapan yang negative.

Walau sesukar manapun cabaran yang datang, saya senantiasa tanamkan dalam hati, 
Jika kita ikhlas, jujur dan berniat melakukan segala perkara adalah kerana ALLAH SWT, insya ALLAH setiap langkah percubaan, walau punya banyak halangan pasti akan mendapat balasan yang manis. 

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA jikalau mereka tidak mampu. Dan itu yang benar-benar saya pegang hingga saat ini. Dan nyata, ianya amatlah benar. ALLAH MAHA PENGASIH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

Kedua, Bersikap positif dan senantiasa pujuk diri untuk tidak terbawa-bawa dengan emosi. Emosi ini adalah lebih kepada hasutan dari syaitan, jika kita berjaya melawan nafsu dan emosi kita dari dicelarukan oleh ia, in sya ALLAH setiap masalah sebesar apapun pastia akan bertemu jalan keluar.
Jika punya masalah yang agak memerlukan bantuan, saya tidak sekali-kali akan rasa segan atau malu untuk meminta tolong. Malu itu juga salah satu sikap tidak yakin pada diri yang perlu dibendung, kerana ada cendekiawan menyatakan, 

“takut untuk berucap dihadapan orang ramai adalah yang paling menakutkan manusia selain mati”.

Saya memang sangat suka mendekati orang yang positif, dan senantiasa ingin maju ke hadapan selain bersikap agresif dalam mengkaji sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Aura positif mereka sememangnya membuatkan saya turut ingin bersikap positif.

Motivasi Diri Penguat Jatidiri
Wahai wanita,
Jangan, jangan, dan jangang pernah sekali-kali takut kepada KEGAGALAN.

Ingatlah, 
orang yang berani dan kuat dalam menghadapi kegagalan adalah orang yang hebat. Kegagalan adalah titik tolak pada perubahan yang memberi erti hidup yang sebenar. 

Jangan pernah sekali-kali mencemuh kekurangan diri, malah bersyukurlah. Setiap apa yang terjadi, punya hikmah yang tidak terjangkau akan akal fikiran ini. Tetapi, pandanglah pada setiap yang berlaku dengan pandangan yang POSITIF.

Ingatlah,
Untuk berubah menjadi lebih baik, kena ada satu langkah ke hadapan. Bukan sekadar menanam tekad,impian dan juga azam. Tak guna berazam, tapi sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan. Ingatlah, cinta boleh dicari, tetapi masa yang telah tersia tidak akan kembali dan menanti diri. Jika hendak berubah, teruskan untuk bangkit dan berusahalah sekuat mungkin tanpa henti.
Jangan jadi orang yang penakut. Jangan terlalu cepat merasa hati akan setiap kutukan dan cemuhan orang kepada diri kita. Namun berterima kasihlah kepada mereka kerana telah menyedarkan kita, bahawasanya kita perlu BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK!

Paling penting, kena istiqamah @ tetap hati. Kawal minda dengan akal, bukan dengan nafsu dan juga amarah. Insan yang Berjaya adalah insan  yang hidup dengan ada strategi dan juga tujuan untuk terus berdiri di muka bumi ini. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab namun amat mudah untuk tidak bertanggungjawab.
Jadilah diri sendiri. Atau dalam erti kata lain, carilah identiti anda sendiri. Jangan hidup dengan berbayangkan atau sepenuhnyan mengikut telunjuk orang lain. Hanya ambil sisi positif dari mereka yang menjadi sumber inspirasi sudah memadai. 

Dan seterusnya cernalah dan berntuklah peribadi anda berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh agama. Tapi tak perlu seratus peratus cuba mengubah diri menjadi orang lain. Ingatlah, setiap manusia punya kehebatan tersendiri.  Maka, berusahalah untuk mengubah diri menjadi diri sendiri. 

Dan akhir sekali, senantiasalah tanam dalam hati untuk senantiasa bersangka baik. BERSANGKA BAIK terhadap manusia, alam apatah lagi kepada ALLAH SWT. Kelak semua kunci kejayaan dan keyakinan diri akan diketemukan.
InsyaALLAH.

UMIAMIRA


No comments:

Post a Comment