tentang saya

Bismillahirrahmanirrahim...


Terima kasih kerana sudi melapangkan masa, mencelikkan mata, meringankan jari jemari untuk singgah di blog yang tidak seberapa ini. Moga ianya akan menjadi perantara antara saya dan anda semua untuk mengetahui perkembangan semasa saya dan dunia penulisan kreatif umumnya. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memperbaiki mutu penlisan saya pada masa akan datang agar ianya dapat memenuhi setiap kehendak pembaca.

Sedikit info tentang saya :


  • Nama pena saya ialah "UMIAMIRA" yang boleh anda lihat pada novel-novel tulisan saya. Lepas ni kalau nampak novel daripada UMIAMIRA di kedai-kedai buku, jangan lupa beli tau.

    • Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Penerbitan) dan pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik.

      • Saya meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi, dan aktif menghasilkan pelbagai penulisan kreatif seperti sajak, syair dan lirik-lirik lagu berunsurkan ketuhanan.


      Itulah serba sedikit info berkenaan diri saya.

      Buah cempedak di luar pagar,
      Ambil galah tolong jolokkan,
      Saya budak baru belajar,
      Kalau salah tolong tunjukkan.


      Wassalam.



      umiamira