Wednesday, October 16, 2013

"Hari Raya Korban" - Part 2

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan..” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
Pengalaman Pertama Kali
Ini kali pertama aku dibawa oleh suami ke tempat menyembelih haiwan untuk dijadikan korban bersempena Hari AidilAdha tahun ini. Alhamdulillah, syukurlah.

Waktu tu, memang on time sampai. Saat aku turun dari pintu kereta, kelihatan memang kawasan kebun berdekatan dengan masjid di kampung RTB ni dah penuh dibanjiri dengan ratusan penduduk kampung. Masing-masing kebanyakannya datang sekadar melihat, dan tak lekang juga dengan yang berniat untuk datang membantu jemaah masjid dan AJK khas bersempena penyembelihan lembu korban pada kali ini. Syukur, Alhamdulillah.

Yang paling ketara, lebih banyak kudrat empat kerat orang muda yang turun padang bersempena hari mulia ni, memang salute.

 
Ramai tak ramai... Ini baru sebahagian


Hampir 10 Ekor Lembu Tumbang
Alhamdulillah, syukur. Ramai orang berbesar hati menyumbang untuk korban aidiladha ni. Rezeki patut diagihkan sesama manusia yang berhak, dan ianya amat dituntut oleh syariat. Hope one day aku akan ada rezeki lebih untuk lakukan korban juga. In shaa Allah. Moga diperkenankan oleh Nya.

Lembu ni adalah yang paling sukar ditenangkan, dan paling panjang nyawa. Even dah disembelih, lembu ni boleh bangun dan berdiri tegak agak lama. Ramai anak-anak muda kalah dengan kudrat lembu ni, walau ia dah disembelih. Kuasa Allah, memang hebat. 


Ragam Menjelang Korban
Masa tengok orang sembelih korban ni, memang macam-macam ragam aku nampak dan perhati. Kanak-kanak lah yang paling sakan sekali. Suka bebenaww depa ni tengok lembu, tiap kali lembu mengamuk je depa lari. Tak lekang jugak ada budak-budak yang sengaja bakar mercun. 

"Kan raya...", katanya. Thats why lembu-lembu kat sini asyik melompat-lompat agaknya. Terperanjat bunyi mercun.

Budak-budak, apa yang mereka tahu. Seronok je. Jom, tengok antara ragam yang sempat aku snap, hanya guna kamera Enpon yang pixelnya tak sebesar mana. Apapun, syukurlah.

Mereka Antara Yang Paling Seronok. Sampai Lepaking depan lecak


Fakhry pun tak leh lepas join aktiviti ni... tapi jadi mandur je... Jenguk kawasan. Hehehe~


Kaki lembu siap nak di bawa ke masjid untuk dilapah oleh mak-makcik yang sedang sibuk menyediakan bumbu masakan


Sampai berpeluh-peluh abang-abang ni melapah daging lembu. Series kalori hilang banyak...hehee


Baby tecik ni pun nak join tengok lembu. Sampai tertido dibuatnya... Shumell sangat dia...


Budak-budak berkerumun tengok lembu terakhir yang paling pasrah disembelih. Depa ni semua berani betul...

Syukurlah
Alhamdulillah, kurang sejam semua lembu yang ada dah selamat disembelih. Memang aku cukup teruja. Masa tok imam Haji Leman nak sembelih tu, ramai-ramai orang bertakbir. Terus aku rasa macam hari raya Aidilfitri.. Cuma takde meriam je depa kasi letop kat sini... hehe.

Syukurlah. Suami lak lebih-lebih teruja coz jumpa ramai alumni SAMTTAR dan kawan-kawan sekampung dia yang berkahwin dengan orang RTB ni. Ok, suami glamer dari i...hehee. Bergurau. Apapun, bagus aktiviti secara bergotong-royong ni, dapat merapatkan ukhuwah dan menyambung kembali ikatan yang dah lama terlerai. Contohnya macam suami tadi, jumpa kawan-kawan lama after berbelas tahun terpisah. Benar-benar hikmah yang manis.


Salam AidilAdha
Kepada semua sahabat yang beragama Islam, Salam AidilAdha aku ucapkan mewakili Suami, anak, ibu bapa dan adik beradikku. Moga kita sama-sama menghayati akan pengorbanan sebenar mengenai AidilAdha ini dan semoga Allah memberikan kita keberkatan dalam setiap apa jua ibadah yang kita sedang atau telah pun lunaskan sebagai hambaNya.



Syukur, Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment