Thursday, November 24, 2011

Nukilan Sebelum Melahirkan

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...


Novel 'Dari Hati Turun Ke Blog'
Rasanya dah lame sangat tak update blog ni, maklumlah sibuk dengan persiapan untuk kelahiran putera pertama. Sekarang keadaan sudah kembali baik dan akan terus aktif untuk berblog. InsyaAllah.


Untuk entry kali ini, saya nak perkenalkan novel ke-4 saya yang baharu saja dilancarkan pada 5 Oktober yang lalu bertajuk "DARI HATI TURUN KE BLOG". Walau dalam keadaan sarat mengandung, cinta terhadap dunia penulisan tidak menghalang diri ini untuk terus berkarya.


Novel yang berdiri di bawah label "kreatif" terbitan JS Adiwarna ni memaparkan kisah persahabatan dua insan kecil iaitu Paie dan Aya. Paie sangat tulus memegang janjinya untuk menjaga Aya, seorang perempuan kasar namun berjiwa lembut walau dalam apa keadaan sekalipun. 


Aya tidak mempunyai sahabat baik kecuali Paie. Segala-galanya perlu ada Paie di sisi. Namun, persahabatan mereka tidak mendapat restu ibu Paie. Segalanya terpaksa dipendamkan dan persahabatan mereka akhirnya terhenti di tengah jalan kerana satu kejadian yang tragis.


Namun, kisah mereka tidak sekadar berhenti di situ. Nak tahu serba sedikit akan sedutannya?? Teruskan baca entry ini sampai habis ya?






Antara plot penceritaan dalam novel ini:

Mengapa persahabatan antara Aya dan Paie perlu diakhiri dengan tragis? Mengapakah Mak Idah begitu membenci Aya dan ibunya? Apakah dosa mereka sehingga menjadi duri dalam jiwa ibu Paie?


I
Batu mungkin boleh diubah menjadi pasir...
Namun bagaimana pula jika hati sekeras kerikil?
Bisakah ia dicairkan?
“Nenek dan mak Aya tak pernah pun sibuk-sibuk marah Aya suruh tutup aurat dan berkelubung semua. Paie dan mak Paie ni aje yang lebih-lebih. Tak suka, janganlah nak paksa-paksa! Bencilah Paie ni!”

II
Inilah dunia... menilai tanpa adanya usul periksa...
“Sibuk sangat ke kerja di KL sampai anak pun kamu letak di kampung? Kasihan aku tengok anak kamu ni, Mariana oi... dahlah tak ada ayah, maknya pula sibuk memanjang. Sibuk apalah kamu tu ya? Sibuk dengan jant...”

III
Bukan mudah untuk melepaskan...
Apatah lagi untuk merelakan...
“Err... Along... sebenarnya... Kak Aya... dia... dah pergi...!”
Mengapa persahabatan antara Aya dan Paie perlu diakhiri dengan tragis? Mengapakah Mak Idah begitu membenci Aya dan ibunya? Apakah dosa mereka sehingga menjadi duri dalam jiwa ibu Paie?


Kepada para pembaca blog ini, anda boleh mendapatkan novel terbaharu saya ini di kedai-kedai buku berdekatan anda atau boleh terus menempah secara online menerusi laman web Jemari Seni Sdn. Bhd. di http://www.jemariseni.com

Jangan lupa untuk dapatkan novel ini dan diharap anda semua akan terus memberikan sokongan kepada saya dalam menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang.


Wassalam... :)

No comments:

Post a Comment